Rakyat Jadi Mangsa Sekatan

2022-03-29 11:52:24  CRI
Share with:


Beijing menolak keras segala sekatan unilateral serta bidang kuasa "lengan panjang" tanpa asas undang-undang antarabangsa atau tiada mandat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pendirian itu diulangi jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin semasa taklimat harian di Beijing pada Isnin, sebagai respons kepada sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Rusia.

Wang berkata, China sentiasa konsisten dalam pendiriannya berkaitan isu tersebut, dan menganggap sekatan bukanlah cara yang berkesan untuk menyelesaikan permasalahan.

"Terdapat 140 daripada lebih 190 negara anggota PBB tidak bertindak mengenakan sekatan terhadap Rusia.

"Ini bermaksud, kebanyakan negara melayan isu tersebut secara teliti dan bertanggungjawab," kata Wang.

Beliau turut memberi peringatan kepada pihak terbabit bahawa sekatan tidak berguna, sebaliknya bakal mengundang masalah baharu, malahan rakyat menjadi mangsa akibat sekatan.