Dwistandard Perlu Dielak Ketika Tangani Isu Antarabangsa

2022-03-29 12:19:17  CRI
Share with:

Masyarakat antarabangsa tidak boleh menggunakan dwistandard untuk menangani isu Palestin dan isu antarabangsa dan serantau yang lain.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam taklimat media pada Isnin.

Menurut laporan, Presiden Palestin Mahmoud Abbas dalam pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken baru-baru ini menggesa pemerintahan Biden supaya menepati janji dalam isu Palestin, termasuk menyokong “penyelesaian dua negara” .

Ketika menjawab soalan mengenai perkara tersebut, Wang Wenbin menganggap pelarian dari rantau Asia Barat, Afrika dan Amerika Latin tidak diberi rasa simpati setara dengan pelarian Ukraine sebagai dwistandard yang tidak boleh diterima.

Dwistandard juga tidak boleh diterima apabila menyifatkan tindakan mencederakan penduduk Ukraine sebagai jenayah perang, tetapi membiarkan tindakan serupa di Republik Persekutuan Yugoslavia, Afghanistan, Iraq and Syria tidak dihukum.

Selain itu, dwistandard juga tidak boleh diguna pakai dalam isu kedaulatan membabitkan negara-negara tersebut.

Jurucakap itu menekankan, hanya dengan melepaskan dwistandard, isu serantau yang hangat barulah dapat diselesaikan secara adil, dan kedamaian berkekalan baru dapat diwujudkan di Asia Barat, Eropah dan dunia.