Negara Jiran Afghanistan Bersidang Mulai Esok

2022-03-29 13:16:45  CRI
Share with:

Mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga bakal diadakan di Tunxi, provinsi Anhui, timur China pada 30 hingga 31 Mac.

Mesyuarat itu akan dipengerusikan Menteri Luar China Wang Yi, dihadiri menteri luar atau wakil dari Pakistan, Iran, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata situasi Afghanistan kini berada dalam fasa peralihan kritikal dan rakyat negara itu masih menghadapi pelbagai cabaran, maka memerlukan lebih banyak sokongan dan bantuan daripada masyarakat antarabangsa.

Penganjuran mesyuarat kali ini diharap dapat membina lebih banyak konsensus mengenai isu Afghanistan, mendorong situasi ke arah stabil, menyokong dan membantu rakyat negara itu, serta berkongsi suara negara terbabit kepada masyarakat antarabangsa.