Etnik Tibet Penuh Riang Sambut Ulang Tahun Pembebasan Hamba Tani

2022-03-29 13:30:49  CRI
Share with:

Sempena meraikan ulang tahun ke-63 pembebasan sejuta hamba tani Tibet, penduduk tempatan di Wilayah Autonomi Tibet China telah mengadakan pelbagai aktiviti.

Dengan berbusana cantik, keramaian tersebut dimeriahkan dengan acara seperti nyanyian, tarian serta persembahan kesenian.

Pada tahun 1959, penduduk Tibet telah menjalankan gerakan pembaharuan demokrasi beramai-ramai sehingga sejuta hamba tani berjaya dibebaskan dan menjadi tuan di tanah sendiri.

Menurut seruan dan permintaan penduduk Tibet seramai lebih 2.8 juta orang, agensi penggubalan undang-undang Wilayah Autonomi Tibet menetapkan hari peringatan pembebasan sejuta hamba tani Tibet pada 28 Mac setiap tahun.