Juara Olimpik Perjuangkan Wabak

2022-03-30 13:53:50  CRI
Share with:

"Adakah dia juara Olimpik? Ini tidak mungkin berlaku," ujar individu-individu yang sedang menunggu giliran untuk menjalani ujian asid nukleik (NAT) tatkala melihat nama "Li Xiaoxia" di belakang sut pelindung seorang sukarelawan di Daerah Hunnan, Bandar Shenyang, Provinsi Liaoning.

Pada Sabtu lalu, ramai tidak mempercayai mereka sedang melihat juara pingpong Sukan Olimpik itu menjadi salah seorang barisan hadapan yang terlibat dalam kerja pendaftaran sebelum ujian berkenaan.

"Saya berikhtiar dalam perjuangan dengan wabak. Jom kita bersama-sama mengatasi kesukaran, dengan harapan wabak ini ditangkiskan," ujar Li Xiaoxia dalam mikro blognya.

Hantaran tersebut mendapat banyak 'like' dari pengguna internet dengan pelbagai komen yang menyentuh.

Dalam perkembangan lain, atlet China juga terlibat dalam perjuangan melawan wabak dengan bentuk yang lain.

Dimaklumkan, Su Yiming yang meraih satu pingat emas dan satu pingat perak dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mendermakan 10,000 sut pelindung kepada Bandar Jilin, manakala Gao Tingyu yang memperoleh pingat emas luncur ais laju turut menyumbang 3,000 kotak mi segera dan 90,000 pelitup muka.