Masa Depan Taiwan Terletak pada Hubungan Damai Rentas Selat

2022-03-30 16:31:24  CRI
Share with:

Masa depan Taiwan serta jaminan keselamatan dan kesejahteraan saudara setanah air dari Taiwan terletak pada perkembangan hubungan rentas selat secara damai dan penyatuan semula tanah air, kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara China, Zhu Fenglian dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, hasil tinjauan pendapatan umum menunjukkan hampir 80 peratus penduduk Taiwan berpendapat kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu mengekalkan hubungan yang damai. 

Ia sekali gus mencerminkan bahawa ketenteraman dan pembangunan merupakan hasrat bersama saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan.

Zhu mengutuk pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP) Taiwan yang menghasut konfrontasi, sambil menyifatkan amalan itu sebagai membelakangi hasrat rakyat dan manipulasi politik demi laba sendiri.