Negara Jiran Ikrar Bentuk Sinergi Bantu Afghanistan

2022-03-30 16:40:23  CRI
Share with:

China menjadi tuan rumah kepada mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga yang berlangsung di Tunxi, provinsi Anhui bermula hari ini hingga esok.


Mesyuarat itu menyasar mencapai lebih banyak konsensus dalam membentuk sinergi negara jiran bagi menggalakkan kestabilan Afghanistan, sambil menghulurkan bantuan kepada rakyatnya.


Difahamkan, ia dihadiri menteri dan wakil dari Pakistan, Iran, Rusia, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan.


Acara itu disusuli dialog menteri luar "Afghanistan's neighbors+Afghanistan" dengan kehadiran Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi serta menteri luar dari Indonesia dan Qatar.


Mesyuarat mekanisme perundingan "China-U.S.-Russia+" berhubung isu Afghanistan akan turut diadakan dalam tempoh sama.