Menteri Luar China, Switzerland Bincang Isu Ukraine

2022-03-30 14:03:23  CRI
Share with:

China akan terus menyumbang kepada usaha menamatkan konflik antara Rusia dan Ukraine menerusi pendekatan sendiri.

Demikian kata Menteri Luar China, Wang Yi dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Switzerland, Ignazio Cassis pada Selasa.

Wang menyatakan, sekatan yang berterusan bukan sahaja akan merencatkan pemulihan ekonomi dunia pada era pasca pandemik, malah merumitkan lagi percanggahan berkenaan.

Beliau mengulangi pendirian China bahawa hanya dengan memperkasa usaha perdamaian menerusi rundingan, barulah ada ruang dan peluang untuk menyelesaikan konflik secara diplomatik.

Cassis bersetuju dengan pandangan Wang tersebut dan berjanji pihaknya akan kekal neutral dan menyumbang kepada rundingan damai berkenaan.