Makmal Biologi AS di Ukraine Perlu Diperiksa secara Ketat

2022-03-30 11:38:45  CRI
Share with:

Kegiatan Amerika Syarikat (AS) di makmal biologi Ukraine perlu diperiksa secara ketat bagi mengenal pasti sama ada negara itu mematuhi Konvensyen Senjata Biologi (BWC) atau tidak.

Demikian ujar mantan pemeriksa senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Iraq, Scott Ritter.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia baru-baru ini, terdapat bukti yang menunjukkan makmal biologi AS di Ukraine menyebarkan patogen secara tersembunyi.

Selain itu, AS dalam satu dokumen yang diserahkan kepada persidangan negara pemeterai BWC pada akhir 2021 menyatakan pihaknya mempunyai 26 buah makmal biologi di Ukraine.

Sehubungan dengan itu, Ritter berkata AS perlu memberi penjelasan mengenai keperluan penubuhan makmal tersebut dan kenapa program yang didakwa Rusia itu dapat dibenarkan, termasuk menjadikan virus selesema burung sebagai senjata.