PBB Anjur Anugerah Shanghai untuk Pembangunan Mampan di Bandar

2022-03-31 15:03:55  CRI
Share with:

Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-HABITAT) pada Rabu mengumumkan untuk menganjurkan Anugerah Global Shanghai untuk Pembangunan Mampan di Bandar.

Difahamkan, pemenang kepada anugerah yang bertujuan untuk menggalakkan pembangunan mampan bandar di seluruh dunia itu akan diumumkan pada sambutan Hari Bandar Sedunia di Shanghai pada 31 Oktober nanti.

Duta Besar China Ke Kenya merangkap wakil tetap China ke UN-HABITAT, Zhou Pingjian  berkata, kerajaan China menyokong inisiatif tersebut untuk menggalakkan pembangunan mampan di bandar serata dunia, selain mempercepatkan langkah bagi memenuhi agenda PBB 2030 mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Anugerah antarabangsa itu akan diterajui UN-HABITAT dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar dan Desa China dan kerajaan tempatan Shanghai.

Dengan itu, pada setiap tahun, bandar yang berprestasi cemerlang dalam bidang pembangunan mampan di seluruh dunia termasuk negara-negara yang terlibat dalam pembangunan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan negara membangun yang melibatkan negera peserta Inisiatif Pembangunan Sejagat akan dianugerahkan sebagai pemenang.