China, Pakistan Komited Mantapkan Hubungan

2022-03-31 13:01:18  CRI
Share with:

China akan terus memantapkan hubungan dengan Pakistan dari perspektif strategik dan jangka panjang, walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa.

Menteri Luar Wang Yi berkata, China akan terus kekal sebagai rakan yang paling boleh dipercayai dan penyokong paling kukuh bagi negara itu. 

Beliau berkata demikian semasa bertemu rakan sejawatnya dari Pakistan, Shah Mehmood Qureshi sempena mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga di Tunxi, provinsi Anhui pada Rabu.

Qureshi pula menyatakan, Pakistan dan China sentiasa menunjukkan semangat “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” tatkala berdepan detik sukar. Pihaknya komited memperkukuh perkongsian strategik sepanjang masa yang terjalin antara kedua-dua negara.

Difahamkan, kedua-dua pihak bersetuju terus meningkatkan kerjasama saling untung khususnya menggalakkan pembangunan berkualiti Koridor Ekonomi China-Pakistan.