Sidang Kemuncak China-EU ke-23 Dijadual Esok

2022-03-31 13:07:34  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping akan mengadakan pertemuan secara maya dengan Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen sempena sidang kemuncak China-EU ke-23 yang dijadual berlangsung esok.


Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin menyifatkan sidang kemuncak yang telah diadakan dengan jayanya sebanyak 22 kali itu berperanan sebagai peneraju strategik dalam memantapkan hubungan, dialog dan kolaborasi China-EU.


Katanya, berdepan situasi antarabangsa yang tidak menentu, kedua-dua pihak harus memperkasa komunikasi strategik, mempergiat dialog dan kerjasama berasaskan prinsip saling hormat dan saling untung, sekali gus menyuntik tenaga positif dan unsur kepastian kepada dunia.


Difahamkan, sidang kemuncak itu akan dipengerusikan Perdana Menteri Li Keqiang bersama Charles Michel dan Ursula von der Leyen menerusi pautan video.