China Sokong Segala Usaha Ke Arah Perdamaian

2022-03-31 16:51:25  CRI
Share with:

China menyokong dan menggalakkan segala usaha diplomatik ke arah menangani krisis Ukraine secara damai, kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin.

Pusingan kelima rundingan antara Rusia dan Ukraine yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Selasa menunjukkan petanda positif.

Wang berkata, rundingan damai adalah satu-satunya cara betul untuk menamatkan konflik antara dua negara itu.

Rusia dan Ukraine diharap bertindak sehaluan hingga mencapai konsensus mengenai formula penyelesaian politik menerusi dialog dan perundingan, bagi memulihkan keamanan seawal mungkin. 

Dalam pada itu, masyarakat antarabangsa harus melakukan usaha sedaya mungkin yang kondusif kepada rundingan damai berkenaan.