AS Digesa Henti Tunjuk Ajar

2022-03-31 16:08:21  CRI
Share with:

Kerjasama sumber air Lancang-Mekong memerlukan rasa saling percaya dan tindakan praktikal, bukannya tunjuk ajar atau hasutan dari luar.


Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin menggesa Amerika Syarikat (AS) menghormati sepenuhnya usaha negara-negara terbabit ke arah kelestarian sumber air di lembangan berkenaan, sekali gus bertindak praktikal demi pertumbuhan sosioekonomi rantau.


Wang turut menyangkal dakwaan AS bahawa Asia Tenggara mengalami kekurangan bekalan air akibat projek empangan China, dengan memetik data dikumpul pakar hidrologi Universiti Tsinghua.


Padahal, komuniti saintis antarabangsa dan Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC) telah pun membuat penilaian terhadap fungsi empangan di hulu Sungai Lancang.


Laporan MRC berbunyi, takungan lata di sungai itu berfungsi menyimpan air pada musim banjir untuk kegunaan pada musim kemarau, yang membantu memastikan aliran di Sungai Mekong.


Sejak November 2020, China berkongsi maklumat hidrologi Sungai Lancang sepanjang tahun kepada negara-negara berkenaan serta MRC.


Usaha itu penting bagi membolehkan rakyat di lembangan tersebut berkongsi sumber air dan bersama menangani bencana banjir.