Xi Sertai Aktiviti Tanam Pokok di Beijing

2022-03-31 11:47:13  CRI
Share with:



Presiden China, Xi Jinping menyertai aktiviti penanaman pokok di Beijing pagi Rabu.

Ia merupakan kehadiran kali kesepuluh beliau dalam aktiviti tahunan tersebut.


Xi berkata, hutan dan rumputan memainkan peranan bersifat asas dan strategik bagi menjamin keselamatan ekologi negara.

Menurutnya, pembangunan tamadun ekologi China kini memasuki tempoh kritikal yang menyasar penambahbaikan ekopersekitaran.

Konsep pembangunan baharu serta jalan pembangunan yang mengutamakan ekologi perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, sementara perlindungan dan pengurusan sistematik diperkasa secara bersepadu terhadap gunung, sungai, hutan, tanah ladang, tasik, padang rumput dan tanah berpasir.

Beliau turut menekankan perlunya melakukan usaha penghijauan secara saintifik, menambah sumber hutan dan rumputan dari segi kuantiti dan kualiti, di samping mempertingkat kapasiti tadahan karbon ekosistem, demi memberi sumbangan lebih besar kepada tadbir urus alam sekitar dan iklim sejagat.