Pusat Jagaan Warga Emas di Qinghai

2022-04-01 10:33:34  CRI
Share with:

Kaunti Zhiduo di kawasan Yushu, provinsi Qinghai dikenali sebagai “kaunti pertama dalam sepanjang aliran Sungai Yangtze” kerana sungai itu berpunca dari sini. Kerajaan kaunti itu berusaha menjaga warga emas dengan baik. Peruntukan untuk kesejahteraan rakyat menduduki lebih 80 peratus dalam belanjawan kaunti itu. Kesemua warga emas yang hidup kemiskinan dapat disara oleh kerajaan secara terkumpul.


Di pusat jagaan warga emas Zhiduo, seramai 186 orang warga emas menikmati kehidupan yang selesa. Mereka membaca buku, menari, bermain catur. Pihak pengurusan pusat juga bekerjasama dengan hospital tempatan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang memuaskan kepada para penghuni.