Ekspo 2020 Dubai Labuh Tirai

2022-04-01 13:00:27  CRI
Share with:

Ekspo 2020 Dubai melabuhkan tirainya dalam upacara gilang-gemilang yang padat dengan persembahan hiburan pada malam Khamis.


Dengan tema “Kongsi Idea, Cipta Masa Depan", Ekspo Dubai menjadi platform untuk menggemblengkan tenaga seluruh dunia ke arah masa depan yang gemilang.


Dijadual berlangsung selama 182 hari, eskpo kali ini menarik penyertaan pempamer dari 192 buah negara serta beberapa pertubuhan antarabangsa.


Pavilion China ‘Huaxia Light’ antara yang paling popular dalam ekspo tersebut, dengan menerima kehadiran lebih 1.76 juta pengunjung.