Afghanistan Harap Jadi Jambatan Kesalinghubungan Serantau

2022-04-01 13:07:42  CRI
Share with:

Dialog menteri luar "Afghanistan's neighbors+Afghanistan" akan memberi pengaruh positif kepada perkembangan ekonomi, politik dan kebajikan rakyat di Afghanistan, kata Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama wartawan Kumpulan Media China (CMG) selepas menghadiri sesi dialog itu di Tunxi, provinsi Anhui, timur China pada Khamis.

Beliau merakamkan terima kasih kepada China yang menyediakan wadah dialog untuk pelbagai negara, dan berharap lebih banyak mesyuarat seumpama dapat diadakan kelak bagi mengekalkan komunikasi antara Afghanistan dengan negara jiran.

Muttaqi berkata, Afghanistan kini berpeluang untuk membangunkan semula ekonomi susulan situasinya kembali stabil dengan beransur-ansur.

Afghanistan berharap menjadi jambatan bagi mewujudkan kesalinghubungan antara Asia Tengah dan Asia Selatan, dan menyejahterakan rakyat di negara itu.

Beliau juga mengalu-alukan syarikat asing melabur di Afghanistan.