Kesemua 56 Venue Sukan Asia Hangzhou Siap Sedia

2022-04-01 12:26:14  CRI
Share with:

Ujian pemeriksaan fungsi pertandingan ke atas Pusat Kebudayaan Besbol dan Sofbal serta Pangkalan Panjat Batu Yangshan di daerah Keqiao, bandar Shaoxing diluluskan pada Khamis.

Ia sekali gus menandakan kesemua 56 venue pertandingan bersedia menghadapi Sukan Asia dan Sukan Paralimpik Asia 2022 di Hangzhou setelah dibina selama lima tahun.

Dimaklumkan, lebih 700 orang atlet dari 45 buah negara akan merebut 48 pingat emas dalam sukan temasya yang dibuka dan ditutup tirainya di Statium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou yang berkapasiti lebih 80,000 penonton.

Pusat tersebut yang direka bentuk kelihatan seperti bunga teratai serta berunsur hijau, pintar, jimat dan peradaban, turut menerima kehadiran sukarelawan kumpulan pertama pada hari sama.

Dimaklumkan, meskipun Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou baharu sahaja dimanfaatkan sebagai tempat pertandingan hoki ais sebelum ini, namun ia segera diubahsuai menjadi gelanggang pertandingan bola keranjang pada temasya kali ini.