Lima Pegangan China dalam Isu Ukraine

2022-04-01 13:05:37  CRI
Share with:

China mengekalkan pendirian konsisten untuk berdiri di sebelah kedamaian, dialog dan keadilan semasa mengendalikan isu hangat, kata Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat menteri-menteri luar negara jiran mengenai Afghanistan edisi ketiga yang berlangsung di Tunxi, provinsi Anhui China pada Khamis.

Ketika diminta mengupas peranan China dalam isu Ukraine, beliau turut menzahirkan komitmen China untuk memainkan peranan yang bertanggungjawab dan konstruktif untuk menangani segala cabaran.

Menurut beliau, peranan China dapat dilihat daripada pegangan dalam lima perkara, iaitu memelihara hala tuju ke arah perdamaian menerusi rundingan, mempertahankan norma asas hubungan antarabangsa, mencegah kebangkitan semula mentaliti Perang Dingin, memelihara hak dan kepentingan sah pelbagai negara, di samping memperkukuh kedamaian dan keselamatan Asia Pasifik.