Kuliah Perlindungan Ekologi di Sumber Sungai Yangtze

2022-04-01 10:30:17  CRI
Share with:

Kaunti Zhiduo di kawasan Yushu, provinsi Qinghai terletak di kawasan teras sumber tiga sungai utama di China iaitu Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Sungai Lancang. Kawasan itu mempunyai kedudukan yang amat signifikan dari segi perlindungan ekologi di China. Oleh itu, kerajaan kaunti Zhiduo memperhebat pendidikan untuk meningkatkan kesedaran awam dalam perlindungan alam sekitar pada tahun-tahun kebelakangan ini.


Selain mengikuti kuliah ekologi di sekolah, pelajar-pelajar tempatan digalakkan terlibat dalam usaha mengitar semula bahan buangan yang boleh dikitar semula seperti bahan kertas dan tin minuman. Mereka akan diberi mata ganjaran yang kemudian boleh ditukar kepada barang-barang persekolahan. Ini memupuk kesedaran mereka untuk mengamalkan budaya hidup yang mesra alam.