Perdagangan Barangan, Perkhidmatan Antarabangsa China Meningkat 15 Peratus

2022-04-01 14:08:15  CRI
Share with:

Jumlah import eksport barangan dan perkhidmatan antarabangsa China meningkat 15 peratus dengan mencatat RMB6.8 trilion (RM4.5 trilion) pada dua bulan pertama tahun ini.

 

Daripada jumlah tersebut, eksport perdagangan barangan direkodkan sebanyak RMB3.2 trilion (RM2.1 trilion), manakala import pula sebanyak RMB2.6 trilion (RM1.7 trilion).

 

Menurut data terkini Biro Pentadbiran Pertukaran Asing China (SAFE), eksport perdagangan perkhidmatan mencatat RMB410 bilion (RM272 bilion) dan RMB485.9 bilion (RM322 bilion) bagi import.