China Umum Tindakan Timbal Balik terhadap AS

2022-04-01 12:56:17  CRI
Share with:


Beijing mengecam keras perbuatan Washington mengada-adakan pembohongan dan fitnah untuk mencemarkan reputasi China dan menindas pegawai negara ini.

Jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin mengumumkan sekatan terhadap visa pegawai Amerika Syarikat (AS), sebagai membalas tindakan seumpama negara itu menyasar pegawai China.

“Sekatan visa itu akan memberi tumpuan kepada pegawai AS yang terbabit dalam melemparkan fitnah berhubung hak asasi China, melobi mengenakan sekatan ke atas China dan menjejaskan kepentingan China,” jelas beliau dalam taklimat harian pada Khamis.

Wang mencela perbuatan tidak bermoral itu melanggar undang-undang dan norma asas hubungan antarabangsa.

Menurutnya, tindakan timbal balik itu diambil untuk mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan China, di samping melindungi hak dan kepentingan sah rakyat China.