China, Azerbaijan Sambut Ulang Tahun Ke-30 Hubungan Diplomatik

2022-04-02 14:07:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Azerbaijan, Ilham Aliyev hari ini saling mengirim perutusan tahniah sempena ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi menyatakan bahawa hubungan China-Azerbaijan mengekalkan momentum perkembangan yang sihat dan mantap sepanjang 30 tahun lalu.

Kesalingpercayaan politik dan ikatan kerjasama antara kedua-dua negara terus diperkukuh, sementara kolaborasi dalam urusan serantau dan antarabangsa semakin erat. 

Di samping itu, sinergi dalam melawan wabak COVID-19 turut mencerminkan kekukuhan persahabatan tradisional antara rakyat kedua-dua negara.

Justeru, beliau menghargai hubungan China-Azerbaijan dan bersedia bersama Presiden Aliyev terus memajukan hubungan bilateral serta kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Aliyev dalam perutusannya pula menyuarakan sokongan terhadap Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sambil menyatakan pihaknya yakin hubungan persahabatan Azerbaijan-China akan terus dipertingkat.