Jasa Pegawai Akar Umbi Terus Dikenang Rakyat dan Negara

2022-04-02 16:10:16  CRI
Share with:


Terdapat berjuta-juta penjawat awam dari peringkat akar umbi berdedikasi dalam perjuangan membasmi kemiskinan di China, sehingga lebih 1,800 daripada mereka sanggup menggadai nyawa untuk membawa masyarakat keluar daripada belenggu kemiskinan.

Kisah mengenai jasa baik mereka diketahui ramai hingga mendapatkan pujian daripada Presiden Xi Jinping.

Huang Wenxiu yang dilahirkan pada 1989, merupakan salah seorang daripada mereka.

Wenxiu sanggup melepaskan peluang pekerjaan yang lebih baik di bandar selepas menamatkan pengajian di Universiti Perguruan Beijing.

Beliau memutuskan untuk pulang ke tempat lahirnya di wilayah Jiangxi, lalu ditempatkan bertugas di Baini, sebuah kampung miskin di kaunti Leye, dengan menyandang jawatan setiausaha jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) di sana.

Tergolong sebagai miskin tegar, kampung Baini mempunyai 103 buah keluarga miskin.

Untuk memahami keadaan sebenar setiap keluarga dengan kadar segera, Wenxiu menghasilkan sebuah peta lokasi setiap isi rumah untuk memudahkan dirinya sendiri membuat kunjungan ke atas penghuni tempatan.

Lawatan yang dilakukannya adalah sekitar tujuh atau lapan kali sebulan, dengan membabitkan jarak perjalanan mencatat 20 kilometer di antara dua buah keluarga.

Bagi membantu penduduk menambah pendapatan, Wenxiu membimbing masyarakat tempatan menceburi bidang pertanian terutama tanaman cemara Cina, bunga lawang, oren manis dan loquat.

Di bawah bimbingan beliau, 418 orang daripada 88 isi rumah di kampung Baini berjaya dibawa keluar daripada kemiskinan, yakni kadar kepapaan susut kepada 2.71 peratus daripada 22.88 peratus, dengan jumlah pulangan dicatat meningkat dua kali ganda di kampung berkenaan.

Pada awal pagi 17 Jun 2019, malangnya, Wenxiu, 30, meninggal dunia akibat kenderaan yang dipandunya mengalami banjir lumpur semasa perjalanan menuju ke Bani untuk meninjau sendiri keadaan banjir di kampung itu.

Sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan PKC, Wenxiu dianugerahi “Pingat 1 Julai”, iaitu penghormatan tertinggi buat anggota PKC.

Presiden Xi memuji baktinya dengan mengatakan perbuatan seumpama wajar dicontohi dan semangat penjawat awam akar umbi perlu terus disemarakkan.

Menurut beliau, kisah penjawat awam berkenaan adalah cerminan bahawa selagi mana cita-cita ditegakkan dengan hati yang teguh, setiap anggota PKC pasti dapat berbakti kepada negara dan rakyat.