Tempoh Pencalonan Pemilihan Ketua Eksekutif Hong Kong Bermula

2022-04-04 13:59:22  CRI
Share with:

Pemilihan Ketua Eksekutif Pentadbiran Khas Hong Kong ke-6 akan diadakan pada 8 Mei, dan tempoh pencalonannya bermula pada 3 April dan tamat pada 16 April. Mempertimbangkan peri penting pemilihan itu, kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong sudah memberikan pengecualian kepada para calon ketua eksekutif untuk mengadakan perhimpunan berkaitan pilihan raya.

Menurut peraturan berkenaan, perhimpunan untuk kempen pilihan raya tidak diizinkan berjalan di lapangan, melainkan dalam bangunan awam. Selain itu, peserta perhimpunan tanpa perkhidmatan makanan dan minuman itu dikehendaki mematuhi peraturan yang bersifat kuarantin seperti menerima pemeriksaan suhu badan dan  memakai pelitup muka semasa berlangsungnya suatu aktiviti.