10,000 Anggota Perubatan Luar Mula Bantu Shanghai

2022-04-04 15:49:20  CRI
Share with:

Sejumlah pasukan perubatan dari seluruh negara yang terdiri daripada  hampir 10,000 orang berturut-turut tiba di Shanghai baru-baru ini untuk bertugas  di hospital sementara dan merawat pesakit positif dan pesakit asimptomatik.

Pasukan dari Tianjin dan Hubei telah tiba di Shanghai semalam. Ketua  Pasukan Tianjian Selatan, Hao Shu'an berkata, 30 orang dalam kumpulan pertama  berdaftar secara sukarela, lalu berhimpun pada malam kelmarin. Kebanyakan mereka  berpengalaman bertugas ke Hubei.

Pada  hari yang sama, pasukan dari Hospital Xinhua Afiliasi Kolej Perubatan Universiti  Jiaotong Shanghai dan pasukan perubatan dari Anhui bersama-sama memulakan tugas  di Hospital Fuxingguan di Taman Ekspo Bunga, Daerah Chongming, Shanghai.

"Kami  menghimpunkan lebih 650 orang membantu Shanghai, dan menghantar mereka bertugas  di Hospital Sementara Fuxingguan di Taman Ekspo Bunga", ujar Ketua Pasukan  Perubatan dari Anhui, Yang Xubin.

Naib  Ketua Hospital Xinhua, Pan Shuming berkata, Hospital Sementara Fuxingguan yang  dilengkapi 2,700 katil, berkemampuan untuk menampung 1,300 orang pesakit yang  bersimptom ringan dan asimptomatik.