119 Kes Tembakan Besar-besaran di AS Tahun Ini

2022-04-05 11:55:03  CRI
Share with:

Setakat semalam waktu tempatan, kes tembakan yang berlaku di pusat bandar Sacramento, negeri California, AS telah meragut 6 nyawa dan mengakibatkan 12 orang lagi cedera.

Menurut data diumumkan Gun Violence Archive, kes ini antara 119 kes tembakan besar-besaran yang dilaporkan di AS sejak permulaan tahun 2022. Pada hujung minggu yang baru berlalu ini, seramai 53 orang terbunuh atau tercedera dalam kes tembakan di negara itu.