Wang Yi Bincang dengan Menteri Luar Kanada

2022-04-06 14:00:12  CRI
Share with:

Mana negara pun tidak seharusnya bertindak selaku kaki tangan kuasa tirani sehingga menggalakkan pembulian sepihak, dan mana negara pun berhak membuat respons terhadap perbuatan itu.

Demikian ditanyakan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menghubungi rakan sejawatnya dari Kanada, Melanie Joly menerusi telefon Selasa.

Kata beliau, China  tidak ingin menyaksikan hubungan bilateral bertambah buruk akibat insiden Meng Wanzhou kebelakangan ini, dan menyifatkan hakikat insiden itu sebagai penindasan Amerika Syarikat (AS) terhadap perusahaan teknologi tinggi China. Perbuatan yang  amat keji itu sudah diketahui umum.

Wang menyarankan tiga cadangan yang berpandangan juah untuk menangani hubungan bilateral dari segi strategik, iaitu mengamalkan dasar yang konsisten dan substantif terhadap China, tidak menambah rintangan baharu dalam hubungan bilateral, dan berinisiatif dalam menghapus gangguan luaran yang tidak berbaloi untuk diambil  kira.

Joly berkata,  pihaknya bersedia mengambil sikap ikhlas dan saling menghormati untuk mendorong hubungan bilateral kembali ke landasan yang betul, di samping berusaha  membangunkan perikatan yang mempunyai daya tahan yang kuat. Kanada menghargai sumbangan China kepada dunia dalam menangkis wabak COVID-19, dan bersedia  memperhebat kerjasama dalam menangani perubahan iklim, pemuliharaan persekitaran dan perjuangan melawan wabak.

Sementara itu,  kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat berhubung isu Ukraine.