Petani China Sibuk Jalankan Aktiviti Pengairan

2022-04-06 14:01:04  CRI
Share with:

Kerja-kerja mengairi ladang memasuki fasa kemuncak pada musim bunga ini dan dijalankan secara meluas di seluruh China.

Menurut statistik Kementerian Sumber Air (MWR) China, terdapat 2,040 kawasan pengairan telah memulakan kerja tersebut yang melibatkan tanah seluas 4.12 juta hektar.

Difahamkan ketika wabak COVID-19 masih menular dan sesetengah petani terkandas di bandar, Jilin telah membuka laluan hijau bagi mempermudahkan golongan tersebut balik ke desa dan mengambil bahagian dalam aktiviti bercucuk tanam.