Xi Ucap Tahniah kepada Aleksandar Vucic

2022-04-06 11:35:03  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping pada hari Selasa menghantar perutusan tahniah kepada Aleksandar Vucic atas terpilihnya sekali lagi sebagai Presiden Serbia.

Dalam perutusan beliau, Xi menegaskan bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, China dan Serbia mengekalkan momentum yang kuat dalam pembangunan perkongsian strategik komprehensif, di samping mengukuhkan rasa saling percaya dalam bidang politik dan mengbuahkan hasil yang melimpah dalam kerjasama yang substantif.

“Di sebalik pergolakan global yang tiada tolok bandingnya dalam seabad lalu, kedua-dua pihak kekal menghormati antara satu sama lain, mengeratkan hubungan yang sama kedudukan dan berganding bahu membina komuniti berkongsi nasib sesama insan, sekali gus memberi sumbangan positif dalam menjaga kesaksamaan dan keadilan antarabangsa,”kata Presiden Xi.

Xi menambah bahawa beliau yang mengendahkan perkembangan hubungan China-Serbia, menghargai hubungan kerja yang baik dan persahabatan dengan Presiden Aleksandar Vucic, bersedia bekerjasama dengan Presiden Vucic untuk mengukuhkan komunikasi strategik serta terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, mengembangkan dan memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, dan memimpin negara masing-masing berturut-turut melakar kejayaan baharu dalam perkembangan hubungan bilateral demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.