Xi Utus Kawat Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-30 Ikatan Diplomatik China-Armenia

2022-04-06 11:53:56  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Armenia, Vahagn Khachaturyan saling menyampaikan perutusan tahniah bersempena ulang tahun ke-30 ikatan diplomatik kedua-dua negara.

Xi berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik 30 tahun yang lalu, kedua-dua negara berjaya memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, dan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang serta pertukaran sosiobudaya. Selain itu, kedua-dua negara memilih tolong-menolong ketika membendung wabak COVID-19 yang dilihat turut merapatkan lagi persahabatan antara satu sama lain.  

Xi menambah bahawa beliau yang mengambil berat perkembangan hubungan China-Armenia, bersedia bekerjasama dengan Presiden Vahagn Khachaturyan mengembangkan hubungan bilateral, mendorong kerjasama dalam pelbagai bidang dan berusaha melakar kejayaan baharu demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Vahagn Khachaturyan dalam perutusannya berkata, pihaknya menumpu kepada kemajuan yang tercapai China dan peranan China di arena antarabangsa. Beliau bersedia berusaha bersama dengan Presiden Xi untuk mengekalkan perkembangan hubungan kerjasama yang konsisten demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.