Pembekalan Senjata daripada AS dan NATO Runcingkan Krisis Ukraine

2022-04-06 14:37:42  CRI
Share with:

Ada pendapat umum yang berbunyi bahawa penggerak krisis Ukraine yang terbesar adalah NATO yang diketuai Amerika Syarikat (AS), langkah NATO yang terus mengembangkan sayapnya ke timur dan menempatkan senjata di negara yang berjiran dengan Rusia telah menyentuh “garisan merah” keselamatan di mata Rusia.

Selepas krisis Ukraine tercetus, AS dan NATO bertindak bagai menuang minyak ke api dengan membekalkan senjata kepada Ukraine secara berterusan serta mengambil pelbagai langkah sekatan ke atas Rusia sehingga situasi di Ukraine makin tegang dan bertambah rumit.  

Klaus Ernst, Pengerusi Jawatankuasa Perlindungan Iklim dan Tenaga Bundestag Jerman menyatakan bahawa penghantaran senjata ke Ukraine dilihat hanya akan memanjangkan tempoh perang dan tidak akan menjadi titik balik dalam situasi peperangan.

Wartawan penyiasat bebas AS, Benjamin Norton menyatakan bahawa AS dan NATO bukan sahaja tidak menggesa Ukraine untuk menjalankan rundingan, sebaliknya membantu meruncingkan krisis. Ini kerana mereka tidak berharap perang itu berakhir dengan secepat mungkin.

Pakar isu antarabangsa dari India pula menyatakan bahawa AS dan NATO tidak akan menghantar pasukan tentera ke Ukraine tetapi hanya menghantar senjata. Pengaut keuntungan yang terbesar daripada keadaan tersebut adalah kontraktor senjata pertahanan seperti Lockheed Martin, terbukti dengan prestasinya dalam pasaran saham yang kelihatan sangat bagus.