Tindakan Hakiki Demi Tunaikan Janji Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing

2022-04-07 15:47:31  CRI
Share with:

Kejayaan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing tidak terlepas dari sokongan Presiden China, Xi Jinping, yang teruja memimpin 1.3 bilion rakyat menyemarakkan semangat Olimpik dan menunaikan janji terhadap dunia.

Lonjakan besar dapat disaksikan melalui prestasi atlet China dalam pelbagai kejohanan sukan ais dan salji, misalnya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Kontinjen China bukan sahaja  menghantar anak buahnya beraksi dalam semua acara, malah pulang dengan menggondol 9 pingat emas, 4 perak dan 2 gangsa. Rekod baharu ini yakni kedua-dua bilangan pingat emas dan bilangan pingat merupakan yang paling banyak sejak penampilan pertama negara ini dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk pada 1980, dilihat pencapaian paling baik dalam sejarahnya. 

Ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach menjelang perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, Xi sekali lagi menyebut “hasrat” beliau, iaitu “menggalakkan 300 juta rakyat China menyertai sukan ais dan salji”.

“Saya tidak kisah berapa pingat emas atau pingat lain boleh diraih atlet China semasa sukan kali ini, yang saya kisah itu adalah daya motivasi dan daya dinamik dibawa temasya sukan kali ini kepada China. Sukan Olimpik Musim Sejuk dijangka mampu menginspirasi 300 juta rakyat China menyertai sukan ais dan salji. Ini sebenarnya berfaedah bagi peningkatan kehebatan negara ini dalam bidang sukan.”

Pandemik COVID-19 masih menular, sedangkan ekonomi dunia pula belum pulih lagi. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing merupakan temasya sukan komprehensif global yang pertama diadakan menurut jadualnya setelah tercetusnya pandemik.

Dalam ucapan video disampaikan dalam upacara perasmian Perhimpunan ke-139 IOC pada 3 Feb lalu, Presiden Xi berkata, dari “One world, one dream” pada 2008 hingga “Together to a shared furture” pada 2022, China secara aktif menyertai sukan Olimpik dan menyokong serta menyemarakkan semangat Olimpik.

Ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, Presiden Xi menyatakan slogan “Together to a shared furture” dikemukakan untuk mengharapkan pelbagai negara boleh menaiki sebuah kapal yang sama dan belayar menuju ke masa depan cerah bersama-sama. Pada pertemuan dengan Setiausaha Agung PBB, Antonio Guteres, Xi pula menyatakan kita perlu bersama-sama menghadapi cabaran global, meningkatkan kesatupaduan dan kerjasama serta menaiki “kapal Noah” zaman baharu untuk belayar menuju ke masa depan yang lebih cemerlang.