Canton Fair Ke-131 Diadakan secara Maya

2022-04-07 14:47:50  CRI
Share with:

Pameran Inport Eksport China (Canton Fair) Ke-131 akan diadakan secara maya pada 15 hingga 24 April  ini.

Pameran yang bertemakan kesalinghubungan antara kitaran domestik dengan kitaran domestik-antarabangsa, terdiri daripada tiga bahagian, iaitu platform pameran dalam talian, perkhidmatan penyelarasan pembekal dengan pembeli, dan e-niaga rentas sempadan. Lebih 25,000 perusahaan  dari dalam dan luar negara sudah dijadualkan mempamerkan produk mereka yang tergolong dalam 16 kategori di 50 zon pameran, termasuk zon "pembangkitan  kawasan luar bandar" yang khususnya ditubuhkan untuk syarikat dari kawasan yang baru keluar dari belenggu kemiskinan.

Dimaklumkan, semua pempamer atau pengendali  platform e-niaga rentas sempadan yang terlibat dalam pameran kali ini tidak  dikenakan bayaran apa-apa pun oleh pihak  penganjur.