China Bantah AS Jual Senjata kepada Taiwan

2022-04-07 13:10:05  CRI
Share with:

China bersuara lantang menentang dan mengutuk langkah Amerika Syarikat (AS) yang menjual senjata kepada Taiwan yang merupakan sebahagian wilayah China. Langkah ini dilihat melanggar prinsip 'Satu China' dan 'tiga pengumuman bersama China-AS' terutamanya “pengumuman 17 Ogos” serta menjejaskan serius kedaulatan dan kepentingan keselamatan China serta kestabilan Selat Taiwan. Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata demikian semalam.

Menurut laporan berkenaan, Sokongan Pertahanan kepada Lembaga Sivil (DSCA) AS mengeluarkan maklumat pada Selasa lalu, Jabatan Negara AS sudah mengesahkan untuk menjual teknologi dan kemudahan ketenteraan kepada Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di AS, termasuk sistem pertahanan patriotik dan latihan berkenaan yang bernilai kira-kira USD95 juta (RM401 juta).

Sehubungan itu, Zhao menyatakan bahawa AS sepatutnya mematuhi prinsip “Satu China” dan peraturan dalam tiga 'pengumuman bersama China-AS', membatalkan rancangan penjualan senjata kepada Taiwan tersebut, menghentikan penjualan senjata seumpama itu dan perhubungan ketenteraannya dengan Taiwan. China bertekad mengambil tindakan untuk memelihara kedaulatan dan kepentingan keselamatan sendiri.