Wang Yi Berbincang dengan Bakal PM Israel

2022-04-07 15:06:39  CRI
Share with:

Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Wang Yi berbincang dengan bakal Perdana Menteri Israel yang baru terlipih yang juga Menteri Luar sekarang, Yair Lapid melalui telefon semalam.

Kedua-dua pihak bersepakat mempercepat rundingan untuk menandatangani perjanjian perdagangan bebas yang dilihat sebagai satu isyarat yang positif bagi ekonomi dunia yang sedang mengalami pemulihan yang sukar.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai isu Palestin. Wang Yi menyatakan bahawa China sudi melihat Israel membina dan mengembangkan hubungan yang normal dan muhibah dengan negara serantau, dan ini sepatutnya menjadi komponen kedamaian di seluruh Asia Barat. Rundingan damai antara Israel dan Palestin yang bergantung lama tidak selaras dengan kepentingan pelbagai pihak. Palestin mempunyai hak sah untuk membina negaranya yang merdeka. China menyokong Israel dan Palestin memulihkan rundingan damai secepat mungkin berdasarkan “solusi dua negara”. China berharap bangsa Arab dan Yahudi hidup secara damai untuk mewujudkan keselamatan bersama.

China menyokong segala usaha yang membantu untuk mewujudkan kedamaian Asia Barat dan bersedia menyediakan kemudahan untuk rundingan langsung antara kedua-dua pihak.

Yair Lapid pula menyatakan bahawa pihaknya komited berusaha memperbaiki hubungan dengan Palestin.

Dalam perhubungan itu, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu Ukraine. Wang Yi memperkenalkan prinsip dan pendirian China dan menyatakan dialog dan rundingan perlu dijadikan pilihan tepat bagi pelbagai pihak.