Penduduk Shanghai Hidup Teratur Berkat Bantuan Luar

2022-04-08 14:25:30  CRI
Share with:

Pasukan perubatan, barang bantuan, buah-buahan dan sayur-sayuran serta barang keperluan harian berturut-turut dihantar ke bandar Shanghai yang sudah menjadi tumpuan rakyat China dalam penularan COVID-19  kebelakangan ini.

Setakat ini, Jawatankuasa Kesihatan Kebangsaan  (NHC) telah mengerahkan 38,000 anggota perubatan dari 15 provinsi ke Shanghai,  dan meningkatkan kemampuan menjalankan pemeriksaan asid nukleik ke tahap 2.38  juta sampel secara harian.

Pihak berkuasa Shanghai juga menubuhkan  pasukan khas untuk menjamin barangan keperluan harian, dan memperhebat  penyelarasan dengan sumber pembekal barangan dari luar bandar ketika bertindak pantas menguatkuasakan mekanisme jaminan bekalan sayur-sayuran.  

Penduduk bandar Shanghai yang masih berada  dalam penguatkuasaan perintah kawalan pengerakan, dilaporkan mampu menjalani  kehidupan yang teratur berkat bantuan luar khususnya usaha gigih kakitangan komuniti dan sukarelawan.