Rizab Pertukaran Asing USD3.188 Trilion di China
Data statistik diumumkan Jabatan Pentadbiran Pertukaran Asing Negara (SAFE) mendedahkan setakat penghujung Mac lalu, rizab pertukaran asing telah mencatat USD3.188 trilion (RM13.45 trilion), berkurang USD25.8 bilion (RM108.9 bilion) berbanding penghujung Feb lalu.
Naib Pengarah yang juga Jurucakap SAFE, Wang Chunying berkata, pembekalan dan permintaan pasaran pertukaran wang asing adalah seimbang pada Mac tahun ini. Dalam pasaran kewangan antarabangsa pula, indeks dolar Amerika naik, dan harga bon milik sejumlah negara utama menurun. Menurut beliau, simpanan pertukaran mata wang asing dikira dengan dolar Amerika yang menyebabkan berkurangnya nilai mata wang bukan USD, beserta perubahan harga aset merupakan antara faktor-faktor yang menyebabkan berkurangnya rizab pertukaran asing milik China pada Mac lalu.