AS Didesak Sekali Lagi Jelaskan Aktiviti Biomilitari

2022-04-08 12:20:48  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) digesa sekali lagi untuk membuat penjelasan yang komprehensif dan konkrit mengenai aktiviti biomilitarinya, dan didesak membuang sikap menentang dalam usaha global untuk  membentuk mekanisme pemeriksaan pelbagai hala, serta bertindak memulihkan kepercayaan masyarakat antarabangsa tehadap kredibilitinya.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar  China, Zhao Lijian dalam sidang media semalam.

Dimaklumkan, pada sesi persiapan untuk  Persidangan Pembahasan Konvensyen Senjata Biologi (BWC) yang sedang diadakan di  Geneva, Rusia menuduh AS melanggar BWC kerana melakukan aktiviti biomilitari di Ukraine. Manakala, Washington mendakwa Moscow menyebar khabar angin, malah menyifatkan kritikan masyarakat antarabangsa sebagai “revisionisme  sejarah”.

Zhao berkata, berdasarkan dokumen yang  diserahkan AS kepada Persidangan Pemeterai BWC pada November 2021, Washington  mempunyai apa yang disebut “kemudahan kerjasama” sebanyak 336 buah dalam  kerangka “projek mengurangkan ancaman biologi”, antaranya 26 di Ukraine.  Bagaimanapun, menurut dokumen yang diumumkan Jabatan Pertahanan negaranya pada  11 Mac 2022, bilangan kemudahan itu meningkat kepada 46. Kenapa AS menambah 20 kemudahan dalam jangka masa empat bulan? Tambahan lagi, terdapat suatu negara  yang namanya disebut dua kali dalam dokumen terbabit, maka bilangan 336 itu  adalah tidak tepat pula. Ada apa dalih bagi Washington menolak untuk membuat  penjelasan terhadap kecurigaan masyarakat antarabangsa? Sikap yang diambil negara Uncle Sam itu semenangnya  mengejutkan.

Bagaimana menaati BWC yang bersangkutan dengan kedamaian dan keamanan masyarakat antarabangsa, tidak boleh ditakrifkan  sewenang-wenangnya menurut dwi piawaian yang ditetapkan AS.