Bach: Terima Kasih Sukarelawan Sukan Olimpik Beijing!

2022-04-08 14:46:33  CRI
Share with:

Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach memberikan penghargaan dan penghormatan kepada semua sukarelawan yang berkhidmat semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Setakat ini, kesemua sukarelawan telah menamatkan kuarantin dan kembali ke kehidupan normal.

"Saya boleh bayangkan keterharuan anda apabila bersatu semula dengan keluarga. Nikmati kegembiraan saat ini dan berkongsi memori manis semasa Sukan Olimpik dengan mereka," kata Bach dalam surat yang diutusnya pada Khamis.

"Beijing sebagai 'bandar dwi Olimpik', membuka halaman baharu dalam sejarah Olimpik dan kejayaan ini tidak dapat direalisasikan tanpa sumbangan sukarelawan.

"Kemesraan dan ikhlasan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik menyalakan semangat atlet dan setiap anggota keluarga Olimpik, sekali gus membuktikan lagi bahawa hanya perpaduan yang dapat menjadikan kita lebih cepat, lebih tinggi dan lebih kuat," ujar Bach.

Difahamkan, seramai lebih 18 ribu sukarelawan berkhidmat dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, dengan golongan belia yang berumur 35 tahun ke bawah menduduki 94 peratus.