“Tanah Bersih, China Sihat”

2022-04-08 15:39:48  CRI
Share with:

 “Bumi kita, kesihatan kita” ditetapkan tema utama untuk 7 April, iaitu Hari Kesihatan Sedunia ke-73 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tahun ini juga ulang tahun ke-70 kempen kesihatan 'Patriotik' di peringkat kebangsaan China. Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) menetapkan “tanah bersih, China sihat” sebagai tema utama negara ini untuk hari tersebut.

Naib Pengarah Pejabat Jawatankuasa Kempen Kesihatan 'Patriotik' (PHCCO), Mao Qun'an menyatakan bahawa pencapaian utama dalam bidang kesihatan dalam tempoh 70 tahun lalu boleh dikecapi dari 4 aspek seperti berikut, pertama, keadaan sanitasi persekitaran semakin baik; kedua, pencegahan penyakit berjangkit dilaksanakan dengan pantas; ketiga, paras kesihatan rakyat menyaksikan lonjakan besar, dan keempat, kesedaran rakyat untuk menjaga kebersihan semakin meningkat.

Kini, peratusan orang China yang selalu bersenam telah mencapai 37.2%, manakala jangka hayat pula mencecah 77.3 tahun secara puratanya.