Ais dan Salji, Penjana Pembangunan Xinjiang

2022-04-09 15:06:07  CRI
Share with:

Lonjakan besar dapat disaksikan dalam perkembangan sukan ais dan salji di China melalui penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.Yang teruja dalam keghairahan kebangsaan semasa berlangsungnya kedua-dua temasya sukan itu termasuk wilayah Xinjiang yang terletak di barat laut China dan kaya dengan sumber ais dan salji. Kini terdapat 72 taman ski termasuk 5 taman ski peringkat 5S dan 5 taman ski peringkat 4S di wilayah Xinjiang. Dengan merebut peluang pembangunan ekonomi pasca Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022,  rakyat Xinjiang menumpu kepada pembangunan desa berdasarkan penerokaan sumber ais dan salji yang terbukti boleh membawa pulangan besar.