Pengiktirafan Antarabangsa terhadap Ubat Tradisional Cina Meningkat

2022-04-09 14:45:51  CRI
Share with:

Komen positif yang terkandung dalam laporan sidang penilaian pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa pengiktirafan antarabangsa terhadap ubatan tradisional Cina (TCM) semakin meningkat.

Demikian dikatakan Jurucakap Kemterian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar semalam.

Dalam laporan yang diumumkan WHO baru-baru ini yang disebut Zhao itu, keselamatan dan keberkesanan TCM dalam merawat pesakit COVID-19 telah diakui pakar WHO. Anggota WHO digalakkan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan TCM untuk menangani COVID-19.

Menurut Zhao, China telah memperkenalkan skim dan terapi rawatan pesakit COVID-19 berdasarkan TCM kepada lebih 150 buah negara dan kawasan, menyediakan produk TCM kepada lebih 10 buah negara dan kawasan yang mempunyai permintaan, dan menugaskan pakar bidang TCM ke 29 buah negara dan kawasan untuk membantu menangani wabak setakat ini.

Zhao berkata, China bersedia terus bersama-sama pelbagai negara dan WHO memanfaatkan keunggulan TCM, mengintensifkan kerjasama dan interaksi dalam bidang ini, dan terus mendorong kerjasama antarabangsa dalam bidang pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 demi menyumbang kepada perlindungan keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat pelbagai negara.