Hainan Perjuangkan Pelaksanaan 80% Pelan Pelabuhan Perdagangan Bebas

2022-04-10 14:55:32  CRI
Share with:

Hainan memperjuangkan matlamat untuk menguji dan melaksanakan 80% pelan komprehensif mengenai pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas (FTP)  sebelum memulakan pengendalian perkhidmatan kastam secara tertutup (operasi kastam bebas) di seluruh pulau tersebut.

Menurut maklumat Pejabat Suruhanjaya Perincikan Pembaharuan Komprehensif Provinsi Hainan pada Ahad, usaha ini untuk mengurangkan ketekanan berbeza sebelum dan selepas bermulanya pengendalian perkhidmatan kastam secara tertutup dan mengelakkan risiko serius selepas operasi itu dilaksanakan.

Pengendalian perkhidmatan kastam secara tertutup merupakan projek penting dalam pembinaan FTP Hainan dan juga petunjuk pembentukan secara menyeluruh sistem tadbir urus import-eksport kargo.

Untuk rekod, 64 kerja utama dalam 11 bidang yang melibatkan perancangan dan pembinaan kastam, penggubalan dasar kutipan cukai dan kawalan risiko serius telah selesai dirangka. Ini menandakan bermulanya kerja persiapan bagi pengendalian perkhidmatan kastam secara tertutup di seluruh pulau tersebut dan bermulanya fasa pencepatan dalam pembinaan FTP Hainan.