Kes Tembakan Berlaku di Beberapa Tempat di AS

2022-04-11 14:33:23  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di beberapa tempat di Amerika Syarikat (AS) pada hujung minggu lalu, dan mengakibatkan berpuluh-puluh orang maut dan cedera.

Polis bandar Cedar Rapids, Iowa memberitahu bahawa bunyi tembakan kedengaran dari sebuah kelab malam tempatan pada awal pagi 10 April lalu. Polis berkejar ke tempat kejadian dan mendapati dua orang mati dan 10 lagi cedera. Stakat ini, masih belum ada suspek ditahan.

Pada hari yang sama, tembakan berlaku di sebuah parti di Elgin, Illinois, mengakibatkan seorang mati dan lima lagi cedera.

Kes tembakan juga berlaku di sebuah parti di bandar Indianapolis, Indiana pada awal pagi Ahad dan menyebabkan seorang mati, lima lagi cedera.

Statistik oleh laman web "Gun violence Archive" AS sehingga petang 10 April menunjukkan bahawa keganasan senjata telah meragut sekurang-kurangnya 11,668 nyawa di AS sejak tahun ini, dan 9,270 lagi cedera. Lebih 127 kes tembakan serius yang mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut telah berlaku di negara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Joe Biden dijangka akan mengumumkan langkah baharu untuk menangani jenayah senjata pada hari ini.