Penjenamaan “Kak Hailuo” untuk Perkhidmatan Jaga OKU

2022-04-11 16:30:14  CRI
Share with:


Penjenamaan “Kak Hailuo”, program perkhidmatan penjagaan orang kurang upaya (OKU) dipergiatkan di bandar Rongcheng, provinsi Shandong pada tahun-tahun kebelakangan ini. Setakat ini, staf yang terlibat dalam program tersebut sudah mencapai lebih 800 orang, sedangkan perkhidmatan yang tersedia yang berorientasikan peningkatan keselesaan hidup untuk golongan OKU merangkumi bidang makanan, pembersihan, pembantuan mandi, perjalanan dan perubatan.