Hong Kong Edarkan Semula Bon Hijau

2022-04-11 14:34:22  CRI
Share with:

Setiausaha Kewangan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, Paul Chan Mo-po menyatakan pada Ahad lalu bahawa Hong Kong akan memulihkan pengedaran bon hijau runcit kerajaan tidak lama lagi. Jumlah bon hijau yang bakal diedarkan bernilai HKD15 bilion (RM8.08 bilion).

Menurutnya, dana yang dikumpul melalui bon hijau tersebut akan digunakan dalam projek pembinaan prasarana hijau, bagi mendorong pembangunan hijau di wilayah itu. Pengedaran bon tersebut juga boleh membantu pelabur Hong Kong terlibat dalam pembinaan Hong Kong yang lebih hijau.