Rakyat Diutamakan, Polisi 'Dinamik Sifar' Diteruskan

2022-04-12 14:52:26  CRI
Share with:

Tiada wabak yang takkan berakhir, dan tiada perang yang takkan tamat.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika mengulas mengenai situasi wabak COVID-19 di Shanghai dalam sidang akhbar pada Isnin.

Zhao berkata, kerajaan pusat dan kerajaan tempatan berkaitan amat mementingkan situasi wabak di Shanghai buat masa ini. Beberapa tempat telah menghantar kakitangan perubatan dan sukarelawan serta menghulurkan bantuan barangan ke bandar itu.

Beliau mengatakan, wabak COVID-19 masih menular di seluruh dunia pada masa sekarang. Kerajaan China tidak akan goyah dalam prinsip rakyat diutamakan. Di samping itu, polisi 'dinamik sifar' COVID-19 akan terus dilaksanakan, sebagai bertanggungjawab terhadap rakyat di negara ini bahkan dunia.