Projek Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Ditandatangani

2022-04-12 15:12:23  CRI
Share with:

Upacara penandatanganan projek utama Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan 2022 kumpulan pertama diadakan pada Isnin, melibatkan pelaburan bernilai lebih RMB13 bilion (RM8.1bilion).

Bandar Haikou, ibu kota provinsi Hainan menandatangai 36 projek, yang meliputi sektor logistik moden, bioperubatan, pembuatan canggih, ekonomi digital, perdagangan luar pesisir, penerbangan komersial, kewangan moden, pendidikan sains, perkhidmatan perdagangan, pertanian berteknologi tinggi dan lain-lain.

Antaranya bioperubatan telah menjadi industri yang berkembang paling pesat di bandar Haikou. Sehingga akhir 2021, nilai industri bioperubatan di bandar berkenaan mencatat RMB37.6 bilion (RM23.5 bilion).